Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

MISTERI HAJAR ASWAD YANG MENGEJUTKAN NEIL AMSTRONG DAN NASA



Neil Amstrong telah membuktikan bahawa Tanah Suci Mekah adalah pusat dari planet bumi. Fakta ini telah diteliti melalui satu penelitian ilmiah. Saat pertama kalinya Neil Amstrong memulakan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet bumi dia berkata “Planet bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap. Siapa yang menggantungnya?

Para angkasawan telah menemui bahawa planet bumi itu mengeluarkan semacam radiasi dan secara rasminy mereka mengumumkan di internet. Namun, 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib. Ianya seperti ada sebab yang tersembunyi disebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penyelidikan yang lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Suci Mekah iaitu betul-betul pada Kaabah. Paling mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat “infinite” (tidak terhingga). Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama Zero Magnetism Area, yang apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sangat besar antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka umurnya lebih lanjut, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah kita merasa seakan-akan diri kita dicas semula oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Kajian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari alam ini.

Telah ditulis di dalam Al-Quran yang batul Hajar Aswad itu adalah berasal dari syurga. Umat Islam juga percaya yang batul Hajar Aswad ini adalah dari syurga. Batu Hajar Aswad ini pada mulanya bewarna putih bersih dan kini menjadi hitam. Ini disebabkan oleh dosa-dosa manusia yang mencium Hajar Aswad.

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hajar aswad turun dari surga padahal batu tersebut begitu putih lebih putih daripada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam”. ( HR. Tirmidzi no. 877. Shahih menurut Syaikh Al Albani)