Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Masya Allah... Presiden Berjanggot Ini Selalu Memerintahkan Rakyatnya Untuk Bersalawat Kepada Rasulullah saw


Ramzan Akhmadovich Kadyrov, Presiden Republik Chechnya saat ini adalah seorang negarawan sejati yang senantiasa mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Usianya baru 38 tahun namun pemikirannya sangat brilliant, kurang dari 10 tahun beliau memimpin Chechnya menjadi negara dengan peningkatan pembangunan yang amat menakjubkan di dunia Islam mutakhir ini. Negara yang sebelumnya hancur porak-poranda kerana peperangan, kini disulam menjadi negeri yang indah, bersih dan kemas.

Ayahnya, Akhmad Kadyrov adalah seorang Ulama sekaligus Mufti Pejuang Chechnya pada masa perang dulunya, telah dilantik menjadi Presiden Republik Chechnya yang pertama, dua masa jabatan sebelum beliau. Keluarga Kadyrov adalah keluarga yang disegani oleh masyarakat Chechnya dan juga oleh pemerintah Russia.

Diantara keistimewaannya Presiden Ramzan adalah lisan beliau tidak pernah berhenti membaca Selawat kepada Rasulullah, dan memerintahkan kepada segenap kementerian pemerintah dan warganya untuk melazimkan bacaan Selawat Nabi.

Beliau juga mewajibkan polis dan tenteranya untuk solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid. Jika solat Jumaat tiba, beliau akan solat di saf ketiga, beliau tidak mahu maju ke depan karena hormat kepada para Habib dan Ulama yang mengisi saf pertama dan kedua.

Masya Allah....
Inilah pemimpin Islam yang harus dijadikan contoh teladan & inspirasi oleh para pemimpin-pemimpin negara Islam zaman ini .





Sumber : Facebook Perak Today